Powered By Blogger

Wednesday, May 18, 2011

HIDUP SEORANG PENCINTA YANG SETIA....

"Inilah perjalanan hidup seorang lelaki".

        Kisah nya bermula ketika zaman sekolah rendah lagi.. Aku seorang pelajar baru disekolah rendah tu, masuk darjah 6. Ketika waktu rehat pada 10.15a.m, aku terus ke kantin untuk makan. Disitu aku melihat seorang pengawas yang begitu lawa sekali.Aku telah jatuh hati padanya. Ceh, zaman budak-budak pun dah pandai jatuh hati.

       Semakin hari semakin aku terpikat. Tp aku tak pandai 'nak ejah'. Akhirnya aku biarkan ia berlalu begitu saja. Akhirnya aku dh masuk sekolah menengah. Hari demi hari, Bulan demi bulan dan tahun demi tahun aku masih terpikat padanya. Sampai lah suatu hari, ada budak satu kelas dengan aku dekat dengan rumah pengawas yang lawa tu. Aku 'try' la ejah no. nset dia, tp dia xpkai nset. Sedihnye xdpt 'ejah' no nset dia. 

        Nak dijadikan cerita. Sekolah menengah aku menjadi tuan rumah perlawanan bola jaring peringkat negeri. Hari tu aku jadi AJK perlawanan bola jaring. Tiba-tiba aku melihat seorang pemain macam pengawas yang aku minat tu. Tapi dia wakil daerah lain, pelik juga. Fikir punya fikir, aku cuba semak nama senarai pemain tu, sahla tu nama dia. Owh, baru aku dia masuk SBP, orang bijak la katakan. Hari tu aku 'Happy' sangat-sangat dapat tengok dia. Dah lama aku tak jumpa dia. Aku cuba lah 'ejah' masa tu, tapi dia sibuk. Terkilan rasanya, aku aku tetap sabar menunggu dia.

         Aku cuba tanya lagi budak kelas aku tu pasal no. nset dia, tapi dia cakap tak ada. Aku cuba lagi tanya no. tel rumah dia, nasib baik ada. Tapi budak kelas aku ni lupa la pulak no. tel rumah dia. Aku cakap kau bagi esok la no.tel tu, budak kelas aku tu cakap OK. Huh, tak sabar rasanya nak tunggu hari esok.

          Hari tu aku awal-awal lagi pergi sekolah, al-maklumlah nak dapatkan no. tel pengawas tu. Budak kelas aku pun bagi la no. tel rumah dia. Tapi dia tak ada kat umah, dia kan masuk asrama penuh. Kena tunggu cuti pertengahan tahun la bru boleh 'call'. Lama punya tunggu aku dah tak berapa ingat kat dia. Mungkin sebab terlalu lama sangat. Aku tak sedar rupanya dah cuti pertengahan tahun pun, dah nak sampai penghujung. 

          Suatu hari aku pergi ronda-ronda dengan motor, maklumlah baru belajar bawa motor. Masa tu aku tertengok pengawas tu dok berbual dengan kawan-kawan dia. Huh, aku lupa la yang sekarang ni cuti pertengahan tahun. Aku pun senyum la kat dia, dia balas senyum aku. Aku terus balik rumah cari no. tel rumah dia. Aku dah tak ingat mana aku simpan, nasib baik jumpa. Hari pun dah nak masuk malam. Aku cuba la no. tel umah dia, tapi 'parents' dia yg jawab. Aku pun tunggu waktu maghrib masuk, masa tu tentulah 'parents' dia  sembahyang. Aku pun call, huh berdebar bila pertama kali dengar suara dia. Rasa macam tak percaya je. Aku terus la ejah dia, cakap yang aku ni terpikat kat dia. Dah lama simpan perasaan kat awak. Harap awak sudilah terima saya.. Ceh, kali pertama mengejah perempuan. Dia terus bagitau yang dia tak mahu terima aku. Luluh rasa hati ni bila dia cakap macam tu.    

*(bersambung)......................... 

*p/s : nanti aku habis cerita aku... sekarang ni aku dh ngntuk nk tido... gud nite smua...












          Hari tu dia beritahu esok dia dah nak masuk asrama, mungkin cuti akhir tahun baru balik. Sedihnya rasa, nak buat macam mana terpaksa tunggu la. Tunggu punya tunggu tiba lah cuti akhir tahun, huh seronok nya perasaan ni tak terkata rasanya. Bila aku dapat tahu yang dia dah balik rumah, aku terus contact dia. Akhirnya dia bagi no. tel nset dia. Dia beritahu boleh mesej je, kalau nak call waktu malam je. Dapat mesej pun dah kira syukur. Hari demi hari aku main mesej dengan dia. Suatu hari dia beritahu yang dia terima aku sebagai ‘couple dia’ , seronok tak terkata aku. Hari tu hari yang bersejarah dalam hidup aku, pertama kali aku couple dalam hidup. Sampai sekarang aku ingat tarikh tu 14hb januari. Tarikh keramat bagi aku sebagai seorang pencinta.

          Kali pertama kita orang keluar bersama rasa berdebar si jantung ni, rasa macam tak percaya je. Inilah kali pertama dalam hidup keluar dating dengan kekasih. Tempat pertama kita orang makan ialah A & W Restaurant. Tempat ni lah menjadi saksi pertama pertemuan kami. Aku bukan nya biasa cakap dengan perempuan, pemalu lah katakan. Hari tu aku tengok dia, dia tengok aku. Al- Maklumlah 1st time dating… Malulah nak cakap. Aku ni Pemalu sikit, malu2 kucing lah katakan…

*Bersambung.....







                 Selepas daripada pertemuan kami yang pertama, pada musim cuti tu kami kerap kali berjumpa. Sehinggalah usia menjadi kekasih lebih kurang 4tahun lebih. Aku nak ringkaskan cerita. Pelbagai suka duka ditempuhi bersama, kalau cakap pasal gaduh tu memang lumrah dalam percintaan kami. Kalau bergaduh je dia mesti minta clash dengan aku. Siapa lah aku ni, dia selalu kantoi dengan aku, main mesej dengan orang lain. Dia kan orang lawa, mesti ramai peminat. Aku ni seorang yang kuat cemburu, sebab sayang la aku cemburu. Selepas daripada itu, dia dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Aku tetap setia bersama nya. Tibalah cuti semester, perasaan rindu ni teramat sangat. Hari tu kita orang pun keluar jumpa. Aku ajak keluar dekat dengan rumah aku je, dekat taman. Lepas tu kita orang keluar ronda-ronda je. Hari pun dah nak masuk maghrib, hari tu dia datang dengan kawan dia. Waktu maghrib dah pun masuk, tapi kawan dia tak datang ambil pun lagi. Dia pun dah rasa takut sebab nanti bapak dengan abang-abang dia marah. Selepas tu kawan dia pun sampai, dia terus balik rumah. Lepas tu aku terus contact dia. Tapi tak dapat pun, berdebar sungguh aku rasa takut apa-apa terjadi pada dia. Nset dia kena rampas oleh abangnya.. Semua mesej yang kita orang mesej habis di bacanya… Lepas tu, abang die terus contact aku. Aku ingatkan dia yang “call” aku, cepat-cepat la aku angkat.. Nasib baik masa tu, aku tak terus cakap.. Dia diam, aku pun diam jugak la… Al-maklumlah takut… Lepas tu abang dia mesej aku bagi ugutan… Macam ni la mesej dia “ Wei budak babi. Mu deh dok gewe ngn adk ak.. mu ni nk blh nyakit ak raso”.. Memang masa tu aku takut giler2 la… Abang dia call, aku tak jawab pun.. Berjam-jam jugak aku tunggu dia call or mesej aku… Masa tu dalam pukul 11 lebih, dia pun call aku.. Aku ingatkan abang dia.. Aku senyap la masa jawab panggilan tu.. Aku dengar dia nangis, lagi cemas aku dibuatnya..


         Lepas tu aku suruh dia cerita kan apa sebenarnya yang berlaku.. Dia pun ceritakan la pada aku.. 1st dia cakap, bapak ngn abang-abang dia suruh kita oarng putuskan hubungan sebab pasal aku la, dia  pelajaran dia merosot.. Fikir punya fikir, aku pun setuju la untuk putuskan hubungan untuk masa depan dia  jugak… Tapi dia tak mahu berpisah walau apa pun terjadi.. Aku pun explain la kat dia pasal ni.. Betul jugak kata bapak ngn abang awak tu.. Sebab saya la, awak tak boleh belajar betul-betul.. Saya tak mahu awak menyesal kemudian hari.. Aku cakap la. Kalau ada jodoh,insyAllah kita akan bersama kembali… Tapi aku berpisah tak sampai sebulan pun, awak dah ada orang lain.. Dulu awak cakap tak nak berpisah pun dengan saya… Tapi awak terus ada orang lain… Saya berpisah dengan awak bukan untuk kepentingan saya.. Tapi untuk kebaikan awak.. Aku tahu memang salah aku kerana melepaskan mu begitu saja.. Aku lepaskan mu kerana ingin tengok kau berjaya..




(bersambung)............




(aku sedih bile tulis kisah hdup aku.....)






Beratnya hati ini untuk melepaskan....





No comments:

Post a Comment