Powered By Blogger

Monday, September 17, 2012

SEANDAINYA DIA TAHU....




         Sejak sekian lama menjalin cinta, pasti dia tidak tahu apa yang terbuku dihati insan yang mencintai dia. Sudah pasti apa yang berlaku dalam perhubungan cinta ada maksud yang tersendiri dan boleh dirungkai oleh pasangan. Sejak kita mula mengenali antara satu sama lain, hati saya terlalu mencintai awak lebih dari segala-galanya. Cinta kita akhirnya terkubur, kerana orang ketiga. Akhirnya awak khianati cinta yang telah kita bina bertahun-tahun lamanya. Bertapa hancurnya hati saya bila awak mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kita. Saya terpaksa lepaskan awak pergi untuk mencari kebahagian yang awak impikan. Bak kata pepatah “ Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat”. 

Seandainya Telah Tercipta Untukku.....
Sia-sia saja mempertahankan cinta yang rapuh. Dalam lagu Samudera “Diburu Kenangan” mengatakan, ‘untuk apa kita bertemu jika hanya penuh derita’. Mengapa awak sanggup lukakan hati dan perasaan saya. Seandainya awak tahu bertapa hancur dan remuknya hati saya bila mengenangkan awak. Setiap hari saya teringatkan awak, kerana awak lah cinta yang pertama lahir dari hati saya. Tapi cinta saya dikhanati oleh insan  yang saya cintai. Sampai sekarang belum ada pengganti awak untuk saya. Cinta saya ikhlas terhadap awak. Tapi kenapa awak permainkan cinta saya. Saya tidak pernah anggap awak sebagai musuh, walaupun awak sudah lupakan saya dalam hidup awak. Awaklah insan yang mengajar saya erti setia, jujur dalam hubungan. Harapan saya, semoga awak datang kembali dalam hidup saya. Kita bina cinta yang baru. Saya tahu harapan saya ini hanya sia-sia saja. Tapi saya sentiasa mendoakan agar kita dapat bersama. “Ya Allah jika dia tercatat jodoh ku, maka satukan hati kami. Ya Allah engkau ijab kabulkan kami supaya menjadi sah, jika terdapat konflik antara kami, maka selesaikannya dengan cara yang baik”. 

No comments:

Post a Comment