Powered By Blogger

Monday, February 27, 2012

Sengsara Kerana CinTa.....

Awak,
Dahulu awak pernah ucapkan kata cinta pada saya,
Dahulu awak pernah berjanji mahu bersama dikala susah mahupun senang,
Dahulu awak pernah katakan saya memang jodoh awak....

Tapi,
Sekarang awak ucapkan kata benci pada saya,
Sekarang awak mungkir janji pada saya,
Sekarang awak kata kita sudah tiada jodoh.....

Kenapa awak hadir dalam hidup saya???
Sanggup awak buat hidup saya merana kerana cinta awak???
"Cinta kita dulu Bahagia"


Awak,
Andainya saya memang bukan jodoh awak,
Harap awak dapat simpan kenangan kita bersama dalam ingatan awak,
Kenangan indah kita, tidak dapat diulang lagi...

*  p/s : dahulu engkau berikan cinta, mengapa kini engkau berubah, manakah janji         akan setia menanti??? 

Sunday, February 26, 2012

Saya sayang awak....


Awak,
Dulu sayalah segalanya untuk awak...
Sehari tak “Message or Call” mesti awak rindu...
Awak sentiasa “Message” saya....

Sampai awak marah sebab saya selalu tak balas “Message” atau tak jawab awak “Call”..
Awak kata saya dah tak sayangkan awak...
Sebab saya lebih pentingkan diri sendiri...
Awak tak faham keadaan saya...

Kita selalu gaduh,
Lepas tu baik balik...
Saya memang tak boleh tanpa awak,
Sampai la sekarang ni,
Walaupun kita telah berpisah...
"Walaupun kita telah berpisah, tapi saya tetapkan sayangkan awak"...

Dulu, awak nak sangat saya sentiasa dekat dengan awak,
Tapi, bila dah dekat,
Awak cakap perangai saya tak matang (macam budak2)..
Tapi, saya nak buat macam mana,
Dah memang ini diri saya yang sebenarnya...

Awak, maafkan saya...
Saya sayangkan awak...
Saya sayangkan hubungan kita...
Saya nak awak yang dulu...
Saya sayangkan awak selamanya....

Saturday, February 25, 2012

Saya Sayang Awak Je...

Dulu 1st time kita mula2 kenal,
Sayalah orang pertama yang awak cari...
Dulu awak selalu ada masa bersama dengan saya,
Walaupun awak sibuk sekali pun,
Masa awak ada untuk bersama saya,
Walaupun sekejap.
"Cinta Saya Hanya Untuk Awak"

Dulu awak suka sangat “Call and Message” saya,
Kalau saya tak balas,
Mesti awak gelisah cari saya...

Masa kita gaduh,
Awak mesti pujuk saya,
Tak pernah pun awak berkasar dengan saya,
Lembutnya bahasa awak.....

Dulu awak selalu cakap,
Awak “Sayang” saya sangat-sangat,
Awak luahkan yang awak rindukan saya...

Demi sayangnya saya pada awak,
Saya tolak cinta orang lain,
Saya nak awak je....

Kini, setelah saya buat segalanya untuk awak,
Awak sia-siakan saya,
Awak abaikan saya,
Awak abaikan perasaan saya,
Awak dah tak kisah pasal saya lagi,
Kenapa awak jadi macam ni???

Awak dah jarang “Call” saya,
Awak cakap awak “busy”,
“Message” kat saya pun tak,
Rupanya awak dah ada orang lain....
Kenapa awak mainkan perasaan saya????

Tiap kali gaduh,
Awak lari dari masalah,
Bukan nak pujuk pun,
Kadang-kadang tu, awak buat masalah tapi awak salahkan saya,
Tak pernah pun awak nak minta maaf,
Terlukanya hati saya....

Berkali-kali awak lukai hati saya,
Berkali-kali juga saya menitiskan air mata kerana awak,
Tapi awak tak pernak memahami...

Walaupun awak selalu sakitkan hati saya, menipu saya, lukai perasaan saya,
Saya tetap memaafkan awak,
Kasih sayang saya pada akan selalu memaafkan awak,
Cinta saya sentiasa ampuni kesalahan awak..

“HARGAILAH SESEORANG YANG TULUS MENYAYANGI KITA, SEBELUM KITA KEHILANGANNYA BUAT SELAMA-LAMANYA”....

Sunday, February 5, 2012

Rindu Pada Yang Tak Sudi...

Rindu Pada Yang Tak Sudi...

Tak guna ku merayu jika orang tak sudi
Hanya menambah pilu di dalam hati
Lebih baik aku pergi daripada ku dihina
Dengan kata-kata

Kusedar diri ini tak sepadan denganmu
Aku sekadar teman waktu kau memerlukan
Dan bila kau dah bosan
Lalu aku kau singkirkan
Dengan tiba-tiba sampainya hatimu

Akan kuteruskan hidup ini
Walaupun diri ini tiada di sisi
Akan kuteruskan perjalanan
Walaupun amat pedih
Terpaksalah aku hadapi

Jangan lagi kau bertanya tentang diriku ini
Biarlah ku menyepi
Susah payah ku sendiri airmata menemani
Sepanjang malam sepi
Apa guna ku merindu jika orang tak peduli
Pada diriku lagi
Apa guna ku mengharap kasih orang
Sedangkan orang tak sudi lagi

Ku berdoa pada tuhan agar jiwa ini tenang
Setelah kau lukai
Sisa kita masa lalu adakala menggangguku
Bersama kenanganku
Ku berharap suatu hari agar aku ditemukan
Kekasih yang setia
Kuucapkan selamat tinggal
Semoga kau bahagia bersama teman baru
Susah payah ku sendiri airmata menemani
Sepanjang malam sepi
Apa guna ku merindu jika orang tak peduli
Pada diri ku lagi
Ku berdoa pada Tuhan agar jiwa ini tenang
Setelah kau lukai...

Balasan Janji PalsuMu....

Pada suatu waktu
Engkau bersumpah
Bahawa engkau ikhlas menyintaku
Dan engkau berjanji
Akan setia kepadaku

Aku pun percaya
Sumpah setiamu
Lalu aku pun terima dirimu
Sebagai kekasih
Ku serah oh jiwa dan raga ini
Hanyalah untukmu

Di awal percintaan
Sungguh indah hidup kita
Dan kemesraanmu
Membangkitkan kasih sayang
Betapa relaku
Berkorban untuk mu

Tetapi mengapa dengan tiba-tiba
Engkau membenciku
Hingga kau tergamak
Tidak sudi lagi memandangku

Oh dimana sumpah setiamu
Dahulu oh... sayang
Seandainya suatu hari nanti
Hidupmu tak bahagia
Itulah balasan
Sumpahan janji palsumu

Thursday, February 2, 2012

Terlanjur Menyintaimu....



Terlanjur Menyintaimu 

Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa

Kau bandingkan ku dengan kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari

Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawaban pasti
Dengan tulus suci tanpa jawaban pasti

Wednesday, February 1, 2012

Tanda-tanda Lelaki Mencintai Wanita...

♥ Tanda Seorang Lelaki Benar-Benar Mencintai Anda ♥

1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap.
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.

♥ Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda. ♥



Cinta Lelaki lebih teguh berbanding Wanita..