Powered By Blogger

Friday, March 2, 2012

Cinta Terakhir Khas Untuk Awak...


Khas untuk awak yang sentiasa di hati saya..

Setiap kali saya teringatkan awak, saya mesti menangis..
Awak, sampai saat ni saya masih tak dapat lupakan awak..
Awak, sejak awak hadir dalam hidup saya, saya rasa dunia ni sangat indah...

Dulu, awak selalu cakap yang cinta awak hanya untuk saya dan awak akan cintakan saya sampai akhir hayat awak....
Awak,
Saya ingat lagi yang awak pernah berjanji tak kan melukakan hati saya..
Anak jari kanan menjadi saksi janji awak pada saya..

Terima Kasih awak...
Sebab sentiasa ada disisi saya masa susah mahupun senang...
Awak yang memberi semangat saat saya jatuh...
Saya akan simpan kenangan itu sampai akhir hayat..

Ya Allah,
Ku bersyukur pada-Mu, kerana kau telah temukan insan yang sempurna buat ku...

Namun sifat awak dah berubah...
Awak mula menjauhkan diri dari saya..
Awak bagaikan lupa janji-janji awak dulu...
"Hatiku Luka Belum Terubat"


Awak selalu menolak bila saya ajak awak berbincang...
Awak cakap kita tak ada apa-apa masalah...
Kenapa awak dah berubah???
Awak dah tak sayang saya lagi ke???

Episod cita kita mula terbongkar satu per satu...
Nafasku bagi terhenti...
Kaki ku tidak mampu lagi berdiri..
Air mata ku mula jatuh ke bumi...
Aku tidak kuat untuk menghadapi episod luka ini...

Akhir nya awak ambil keputusan utuk berpisah dengan saya...
Ya Allah tabahkanlah hatiku ini untuk menghadapi dugaan ini...
Awak, kenapa awak tinggalkan saya??
Saya sayangkan awak...

Terima kasih atas episod terakhir cinta kita...
Awak, ini luahan hati saya untuk awak...
Saya pernah kata yang cinta saya hanya untuk awak...
Saya cintakan awak hingga akhir hayat saya...
Saya mahu kotakan janji saya pada awak...

Awak, terima kasih kerana melukakan hati dan harapan saya..
Terima kasih kerana membahagiakan saya walaupun seketika...
Saya mendoakan semoga awak bahagia dengan jalan yang awak pilih...
Cinta awak tiada ganti buat saya...
Semoga cinta awak terus mewangi dalam hidup saya...
Kini saya sudah mengerti makna cinta awak pada saya..
Sampai sekarang tiada pengganti... 


Ya Allah, terima kasih kerana memberi hambamu ini merasa kemanisan cinta bersamanya walaupun seketika. Sesungguhnya kau lebih mengetahui setiap apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment