Friday, May 13, 2011

Hatiku Yang Pasrah…..

Awak,               
Dalam Hidup Saya Hanya Ada Awak Seorang Je Untuk Jadi Permaisuri Saya….
Tiada Siapa Yang Mampu Untuk Mengubah Hati Saya,
Melainkan Allah S.W.T…

Awak,
Saya Tidak Sangka Awak Sanggup Melukakan Hati Saya…
Walaupun Telah 4 Tahun Kita Menjalin Cinta….
Sanggup Awak Mempermainkan Perasaan Saya…

Awak,
Saya Sentiasa Ingat Pada Awak….
Walaupun Telah Lama Kita Berpisah..
Tapi, Hati Saya Tetap Menyayangi Awak….

Awak,
Benarlah Orang Kata Cinta Itu Buta….
Cinta Tidak Kenal Siapa Kita…
Walaupun Saya Jujur Dengan Awak…
Tapi, Awak Tetap Tinggalkan Saya…

Awak,
Dulu Awak Pernah Cakap,
Awak Akan Setia Bersama Saya Walau Apa Pun Terjadi…
Tapi, Sekarang Awak Bersama Dia…
Bukan Bersama Saya…

Awak,
Dulu Kita Selalu Keluar Bersama….
Selalu Gelak Sama-Sama….
Suka Duka Kita Hadapi Bersama….
Tapi, Sekarang Saya Keseorangan Hadapi Sengsara…

Awak,
Tiap-Tiap Hari Saya Tengok Gambar Awak…
Walaupun Semua Gambar Awak Dah Ambil….
Tapi, Gambar Awak Masih Ada Lagi Dalam Handset Saya….
Hanya Tu Je Kenangan Saya Bersama Awak….

Awak,
Saya Tahu Awak Memang Tak Sesuai Dengan Saya…
Awak Kan Pandai Tak Macam Saya…
Siapa Lah Saya Ni….
Belajar Hanya Sampai Spm Jer…
Awak Ada Degree…..
Bak Kata Pepatah “Jauh Panggang Dari Api”…..

Awak,
Tidak Ada Siapa Yang Dapat Mengisi Kekosongan Dalam Hati Saya,
Melainkan Awak….
Awak Je Yang Dapat Saya Terima Jika Tiada Takdir Lain….

Awak,
Saya Tidak Pandai Berkata-Kata Seperti Orang Lain…
Tapi Saya Mempunyai Sifat Kasih Dan Sayang Terhadap Awak…
Walaupun Awak Tidak Dapat Merasa Kasih Dan Sayang Saya,
Sepanjang Kita Bersama…

Awak,
Saya Tidak Seperti Orang Lain…
Handsome, Pelajaran Tinggi, Kaya, Pandai Ambil Hati Awak….
Walau Itu Tiada Pada Saya….
Tapi Saya Ikhlas Menyayangi Awak…

Awak,
Jika Hari Ini Saya Terlalu Gembira….
Sedarkanlah Saya Dengan Amaran-Amaran Allah…
Jika Saya Bersedih Tanpa Kata….
Pujuklah Saya Dengan Tarbiah Pencipta….

Awak,
Jika Saya Lemah Tak Berdaya….
Ingatkanlah Saya Dengan Kehebatan Syurga….
Jika Antara Kita Ada Tembok Yang Memisahkan….
Ajaklah Saya Meleraikan Segera…..

Awak,
Jika Pernah Hati Mu Terluka….
Luahkanlah Agar Saya Berubah….
Dan Jika Esok Saya Lena Tanpa Terjaga….
Iringilah Lena Saya Dengan Kalungan Doa…..


*P/S : Layan Perasaan Malam2 Gini….

2 comments:

  1. sedihnya saya baca luahan hati awak...jgn lah bersedih...insyaallah akan ada insan yang lebih baik untuk awak...saya faham perasaan awak, kerana saya jua melalui situasi yg sama...allah memberi dugaan untuk menguji ketabahan hati kita...pasti ada hikmah di sebaliknya... :)

    ReplyDelete
  2. tima ksh ats kta2 smngat yg awk bg... sy bhrap pn dpt jodoh yg lbh baik dr yg sblm ni...

    ReplyDelete