Powered By Blogger

Monday, March 5, 2012

Siapa saya di hati awak??




Awak,
Izinkan saya untuk meluahkan rasa dan perasaan terhadap awak....
Awak,
Maafkan saya andai awak terasa dengan luahan saya ini...
Awak,
Walaupun kita telah berpisah, perasaan saya terhadap awak masih ada...
Awak,
Saya sedar siapa diri saya ini...
Awak,
Saya tahu status diri saya ini...
Awak,
Saya telah pun cermin diri saya ini, saya memang tak layak untuk bersama awak...
Awak,
Semua itu saya sedar....
Awak,
Saya hanyalah gagak dirimba, mana mungkin terbang bersama merak kayangan....
Awak,
Saya tidak mempunyai apa-apa, yang saya ada cuma rasa “Cinta”....
Awak,
Saya telah cuba untuk melupakan awak, namun awak masih segar dalam ingatan saya..
Awak,
Semakin saya cuba melupakan awak, semakin kuat ingatan saya terhadap awak..
Awak,
Tak kan mungkin saya dapat melupakan kenangan saat bahagia kita bersama selama 4 tahun...
Awak,
Walaupun seketika saja awak hadir dalam hidup saya, tapi kesan nya amat mendalam...
Awak,
Saya tidak tahu kenapa awak begitu dekat dihati saya....
Awak,
Maafkan saya kerana menyintai awak...
Awak,
Berdosakah saya kerana menyintai awak???

"Dulu kita Bahagia, tapi sekarang....."

Awak,
Andainya ini ketentuan takdir, saya doakan awak berbahagia...
Awak,
Jika awak masih mengingati saya, andainya saya sudah tiada lagi di dunia fana ini...
Sedekahlah Al-Fatihah buat saya, tanda kita pernah kenal semasa di dunia ini..
Awak,
Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini walaupun seketika...
Awak,
Saya tetap bahagia bila mengingati detik-detik bersama awak...
Awak,
Walaupun kekadang saya berkecil hati dengan apa yang awak lakukan, tapi saya telah lupakan semua itu...
Saya telah memaafkan awak...
Awak,
Saya pun harap awak turut maafkan salah silap saya dan segala dosa saya pada awak...
Awak,
Jasa dan budi awak tinggi puncak gunung, tidak ada nilai untuk saya membayarnya..
Awak,
Minta halal segala makan dan minum yang awak pernah belanja saya...
Awak,
Ampunkan saya selama saya bergurau senda dengan awak...
Awak,
Biarlah kisah-kisah silam kita menjadi kenangan...
Akan saya simpan kemas dalam memori saya....
Awak,
Biarlah saya terseksa, biarlah saya derita, asalkan awak bahagia....
Awak,
Saya doakan yang terbaik untuk awak di dunia mahupun akhirat....
Salam kerinduan dari insan hina ini...










No comments:

Post a Comment