Powered By Blogger

Sunday, May 22, 2011

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati.......

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan pengajaran
Menuju bahagia idaman..


*p/s : Nyanyian Kumpulan E.Y.E..








Wednesday, May 18, 2011

HIDUP SEORANG PENCINTA YANG SETIA....

"Inilah perjalanan hidup seorang lelaki".

        Kisah nya bermula ketika zaman sekolah rendah lagi.. Aku seorang pelajar baru disekolah rendah tu, masuk darjah 6. Ketika waktu rehat pada 10.15a.m, aku terus ke kantin untuk makan. Disitu aku melihat seorang pengawas yang begitu lawa sekali.Aku telah jatuh hati padanya. Ceh, zaman budak-budak pun dah pandai jatuh hati.

       Semakin hari semakin aku terpikat. Tp aku tak pandai 'nak ejah'. Akhirnya aku biarkan ia berlalu begitu saja. Akhirnya aku dh masuk sekolah menengah. Hari demi hari, Bulan demi bulan dan tahun demi tahun aku masih terpikat padanya. Sampai lah suatu hari, ada budak satu kelas dengan aku dekat dengan rumah pengawas yang lawa tu. Aku 'try' la ejah no. nset dia, tp dia xpkai nset. Sedihnye xdpt 'ejah' no nset dia. 

        Nak dijadikan cerita. Sekolah menengah aku menjadi tuan rumah perlawanan bola jaring peringkat negeri. Hari tu aku jadi AJK perlawanan bola jaring. Tiba-tiba aku melihat seorang pemain macam pengawas yang aku minat tu. Tapi dia wakil daerah lain, pelik juga. Fikir punya fikir, aku cuba semak nama senarai pemain tu, sahla tu nama dia. Owh, baru aku dia masuk SBP, orang bijak la katakan. Hari tu aku 'Happy' sangat-sangat dapat tengok dia. Dah lama aku tak jumpa dia. Aku cuba lah 'ejah' masa tu, tapi dia sibuk. Terkilan rasanya, aku aku tetap sabar menunggu dia.

         Aku cuba tanya lagi budak kelas aku tu pasal no. nset dia, tapi dia cakap tak ada. Aku cuba lagi tanya no. tel rumah dia, nasib baik ada. Tapi budak kelas aku ni lupa la pulak no. tel rumah dia. Aku cakap kau bagi esok la no.tel tu, budak kelas aku tu cakap OK. Huh, tak sabar rasanya nak tunggu hari esok.

          Hari tu aku awal-awal lagi pergi sekolah, al-maklumlah nak dapatkan no. tel pengawas tu. Budak kelas aku pun bagi la no. tel rumah dia. Tapi dia tak ada kat umah, dia kan masuk asrama penuh. Kena tunggu cuti pertengahan tahun la bru boleh 'call'. Lama punya tunggu aku dah tak berapa ingat kat dia. Mungkin sebab terlalu lama sangat. Aku tak sedar rupanya dah cuti pertengahan tahun pun, dah nak sampai penghujung. 

          Suatu hari aku pergi ronda-ronda dengan motor, maklumlah baru belajar bawa motor. Masa tu aku tertengok pengawas tu dok berbual dengan kawan-kawan dia. Huh, aku lupa la yang sekarang ni cuti pertengahan tahun. Aku pun senyum la kat dia, dia balas senyum aku. Aku terus balik rumah cari no. tel rumah dia. Aku dah tak ingat mana aku simpan, nasib baik jumpa. Hari pun dah nak masuk malam. Aku cuba la no. tel umah dia, tapi 'parents' dia yg jawab. Aku pun tunggu waktu maghrib masuk, masa tu tentulah 'parents' dia  sembahyang. Aku pun call, huh berdebar bila pertama kali dengar suara dia. Rasa macam tak percaya je. Aku terus la ejah dia, cakap yang aku ni terpikat kat dia. Dah lama simpan perasaan kat awak. Harap awak sudilah terima saya.. Ceh, kali pertama mengejah perempuan. Dia terus bagitau yang dia tak mahu terima aku. Luluh rasa hati ni bila dia cakap macam tu.    

*(bersambung)......................... 

*p/s : nanti aku habis cerita aku... sekarang ni aku dh ngntuk nk tido... gud nite smua...












          Hari tu dia beritahu esok dia dah nak masuk asrama, mungkin cuti akhir tahun baru balik. Sedihnya rasa, nak buat macam mana terpaksa tunggu la. Tunggu punya tunggu tiba lah cuti akhir tahun, huh seronok nya perasaan ni tak terkata rasanya. Bila aku dapat tahu yang dia dah balik rumah, aku terus contact dia. Akhirnya dia bagi no. tel nset dia. Dia beritahu boleh mesej je, kalau nak call waktu malam je. Dapat mesej pun dah kira syukur. Hari demi hari aku main mesej dengan dia. Suatu hari dia beritahu yang dia terima aku sebagai ‘couple dia’ , seronok tak terkata aku. Hari tu hari yang bersejarah dalam hidup aku, pertama kali aku couple dalam hidup. Sampai sekarang aku ingat tarikh tu 14hb januari. Tarikh keramat bagi aku sebagai seorang pencinta.

          Kali pertama kita orang keluar bersama rasa berdebar si jantung ni, rasa macam tak percaya je. Inilah kali pertama dalam hidup keluar dating dengan kekasih. Tempat pertama kita orang makan ialah A & W Restaurant. Tempat ni lah menjadi saksi pertama pertemuan kami. Aku bukan nya biasa cakap dengan perempuan, pemalu lah katakan. Hari tu aku tengok dia, dia tengok aku. Al- Maklumlah 1st time dating… Malulah nak cakap. Aku ni Pemalu sikit, malu2 kucing lah katakan…

*Bersambung.....







                 Selepas daripada pertemuan kami yang pertama, pada musim cuti tu kami kerap kali berjumpa. Sehinggalah usia menjadi kekasih lebih kurang 4tahun lebih. Aku nak ringkaskan cerita. Pelbagai suka duka ditempuhi bersama, kalau cakap pasal gaduh tu memang lumrah dalam percintaan kami. Kalau bergaduh je dia mesti minta clash dengan aku. Siapa lah aku ni, dia selalu kantoi dengan aku, main mesej dengan orang lain. Dia kan orang lawa, mesti ramai peminat. Aku ni seorang yang kuat cemburu, sebab sayang la aku cemburu. Selepas daripada itu, dia dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Aku tetap setia bersama nya. Tibalah cuti semester, perasaan rindu ni teramat sangat. Hari tu kita orang pun keluar jumpa. Aku ajak keluar dekat dengan rumah aku je, dekat taman. Lepas tu kita orang keluar ronda-ronda je. Hari pun dah nak masuk maghrib, hari tu dia datang dengan kawan dia. Waktu maghrib dah pun masuk, tapi kawan dia tak datang ambil pun lagi. Dia pun dah rasa takut sebab nanti bapak dengan abang-abang dia marah. Selepas tu kawan dia pun sampai, dia terus balik rumah. Lepas tu aku terus contact dia. Tapi tak dapat pun, berdebar sungguh aku rasa takut apa-apa terjadi pada dia. Nset dia kena rampas oleh abangnya.. Semua mesej yang kita orang mesej habis di bacanya… Lepas tu, abang die terus contact aku. Aku ingatkan dia yang “call” aku, cepat-cepat la aku angkat.. Nasib baik masa tu, aku tak terus cakap.. Dia diam, aku pun diam jugak la… Al-maklumlah takut… Lepas tu abang dia mesej aku bagi ugutan… Macam ni la mesej dia “ Wei budak babi. Mu deh dok gewe ngn adk ak.. mu ni nk blh nyakit ak raso”.. Memang masa tu aku takut giler2 la… Abang dia call, aku tak jawab pun.. Berjam-jam jugak aku tunggu dia call or mesej aku… Masa tu dalam pukul 11 lebih, dia pun call aku.. Aku ingatkan abang dia.. Aku senyap la masa jawab panggilan tu.. Aku dengar dia nangis, lagi cemas aku dibuatnya..


         Lepas tu aku suruh dia cerita kan apa sebenarnya yang berlaku.. Dia pun ceritakan la pada aku.. 1st dia cakap, bapak ngn abang-abang dia suruh kita oarng putuskan hubungan sebab pasal aku la, dia  pelajaran dia merosot.. Fikir punya fikir, aku pun setuju la untuk putuskan hubungan untuk masa depan dia  jugak… Tapi dia tak mahu berpisah walau apa pun terjadi.. Aku pun explain la kat dia pasal ni.. Betul jugak kata bapak ngn abang awak tu.. Sebab saya la, awak tak boleh belajar betul-betul.. Saya tak mahu awak menyesal kemudian hari.. Aku cakap la. Kalau ada jodoh,insyAllah kita akan bersama kembali… Tapi aku berpisah tak sampai sebulan pun, awak dah ada orang lain.. Dulu awak cakap tak nak berpisah pun dengan saya… Tapi awak terus ada orang lain… Saya berpisah dengan awak bukan untuk kepentingan saya.. Tapi untuk kebaikan awak.. Aku tahu memang salah aku kerana melepaskan mu begitu saja.. Aku lepaskan mu kerana ingin tengok kau berjaya..




(bersambung)............




(aku sedih bile tulis kisah hdup aku.....)






Beratnya hati ini untuk melepaskan....





Tuesday, May 17, 2011

ErTi KeSeTIaAN...

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...








Kesetiaan Penting Dalam Hubungan.






Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan... Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya... Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan...

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan...

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan... Tawakal dan redha lah...

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik...
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik...
Pilihan adalah di tangan anda…
Buatlah pilihan yang bijak supaya bahagia di kemudian hari...
Cinta sekarang hanya "Cinta Monyet".
Cinta Ke arah maksiat jika lari dari landasan islam..


Monday, May 16, 2011

Meraung (New Boys)

 Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...

Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang




*p/s : aku selalu dengar lalu ni... memang kena la dengan jiwa aku.. kalau g karaoke mesti lagu ni aku nyanyi dulu... lagu ni ada la sikit2 pasal kisah aku... yang pntg aku kena teruskan hidup... 


Friday, May 13, 2011

Hatiku Yang Pasrah…..

Awak,               
Dalam Hidup Saya Hanya Ada Awak Seorang Je Untuk Jadi Permaisuri Saya….
Tiada Siapa Yang Mampu Untuk Mengubah Hati Saya,
Melainkan Allah S.W.T…

Awak,
Saya Tidak Sangka Awak Sanggup Melukakan Hati Saya…
Walaupun Telah 4 Tahun Kita Menjalin Cinta….
Sanggup Awak Mempermainkan Perasaan Saya…

Awak,
Saya Sentiasa Ingat Pada Awak….
Walaupun Telah Lama Kita Berpisah..
Tapi, Hati Saya Tetap Menyayangi Awak….

Awak,
Benarlah Orang Kata Cinta Itu Buta….
Cinta Tidak Kenal Siapa Kita…
Walaupun Saya Jujur Dengan Awak…
Tapi, Awak Tetap Tinggalkan Saya…

Awak,
Dulu Awak Pernah Cakap,
Awak Akan Setia Bersama Saya Walau Apa Pun Terjadi…
Tapi, Sekarang Awak Bersama Dia…
Bukan Bersama Saya…

Awak,
Dulu Kita Selalu Keluar Bersama….
Selalu Gelak Sama-Sama….
Suka Duka Kita Hadapi Bersama….
Tapi, Sekarang Saya Keseorangan Hadapi Sengsara…

Awak,
Tiap-Tiap Hari Saya Tengok Gambar Awak…
Walaupun Semua Gambar Awak Dah Ambil….
Tapi, Gambar Awak Masih Ada Lagi Dalam Handset Saya….
Hanya Tu Je Kenangan Saya Bersama Awak….

Awak,
Saya Tahu Awak Memang Tak Sesuai Dengan Saya…
Awak Kan Pandai Tak Macam Saya…
Siapa Lah Saya Ni….
Belajar Hanya Sampai Spm Jer…
Awak Ada Degree…..
Bak Kata Pepatah “Jauh Panggang Dari Api”…..

Awak,
Tidak Ada Siapa Yang Dapat Mengisi Kekosongan Dalam Hati Saya,
Melainkan Awak….
Awak Je Yang Dapat Saya Terima Jika Tiada Takdir Lain….

Awak,
Saya Tidak Pandai Berkata-Kata Seperti Orang Lain…
Tapi Saya Mempunyai Sifat Kasih Dan Sayang Terhadap Awak…
Walaupun Awak Tidak Dapat Merasa Kasih Dan Sayang Saya,
Sepanjang Kita Bersama…

Awak,
Saya Tidak Seperti Orang Lain…
Handsome, Pelajaran Tinggi, Kaya, Pandai Ambil Hati Awak….
Walau Itu Tiada Pada Saya….
Tapi Saya Ikhlas Menyayangi Awak…

Awak,
Jika Hari Ini Saya Terlalu Gembira….
Sedarkanlah Saya Dengan Amaran-Amaran Allah…
Jika Saya Bersedih Tanpa Kata….
Pujuklah Saya Dengan Tarbiah Pencipta….

Awak,
Jika Saya Lemah Tak Berdaya….
Ingatkanlah Saya Dengan Kehebatan Syurga….
Jika Antara Kita Ada Tembok Yang Memisahkan….
Ajaklah Saya Meleraikan Segera…..

Awak,
Jika Pernah Hati Mu Terluka….
Luahkanlah Agar Saya Berubah….
Dan Jika Esok Saya Lena Tanpa Terjaga….
Iringilah Lena Saya Dengan Kalungan Doa…..


*P/S : Layan Perasaan Malam2 Gini….

Thursday, May 12, 2011

AKU MENCINTAIMU SEPENUH HATI…..

SEDIHNYA SAYA…
SAMPAI HATI AWAK…
KENAPA AWAK PERGI DI SAAT SAYA MULA MENCINTAI AWAK???
SAYA HARAP AWAK JADI PENEMAN HIDUP SAYA….
TAPI AWAK TETAP PERGI IKUT DIA…
SAYA MASIH TERINGAT SAAT KITA BERSAMA…
BANYAK KENANGAN KITA BERDUA….
YANG KITA BINA LEBIH 4 TAHUN….
SUKA DAN DUKA KITA KONGSI BERSAMA…
SAYA MASIH MENCINTAI AWAK….
WALAUPUN AWAK TELAH DIMILIKI….

SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT…
SAYA HARAP AWAK DATANG KEPADA SAYA,
DAN PADA SAAT ITU SAYA AKAN CAKAP,
SAYA SANGAT MENCINTAI AWAK…
SAYA KESEORANGAN ….
MEMBAWA CINTA SAYA…
YANG TELAH AWAK LUKAKAN…
LAGI SEDIH SAYA…

APA SALAH SAYA????.....
SAMPAI SANGGUP AWAK LUKAKAN HATI SAYA???....
HATI YANG PERNAH BUAT AWAK “GEMBIRA” MASA AWK “SEDIH” DULU???....

INI KATA-KATA AWAK KEPADA SAYA……
“BERHENTILAH”….
DARI TERUS MENCINTAI SAYA…
SAYA TELAH DI “MILIKI”…
“MAAF” KERANA PERNAH “MELUKAI” AWAK…
SAYA TAK MAMPU “TIPU” PERASAAN SAYA….
“MAAFKAN KU TELAH TERBUAI AKAN INDAHNYA CINTA”…

TAK PE LA AWAK….
BIAR SAYA SIMPAN SEMUA KENANGAN KITA….
MUNGKIN “ALLAH” NAK BAGI ORANG YANG LEBIH BAIK UNTUK SAYA…..
SAYA HARAP…
AWAK AKAN TERUS “BAHAGIA”….
DAN TERUS “MENCINTAI” ORANG YANG AWAK “CINTA”….

TERIMA KASIH AWAK BUAT SEGALA-GALANYA…
AWAK, TIDAK PERNAH SAYA LUPAKAN…
WALAUPUN AWAK TELAH DIMILIKI…
NAMUN, SAYA MASIH MENYAYANGI AWAK SEPENUH HATI SAYA….

*P/S :  Saya luahkan perasaan saya terhadap awak  dengan linangan airmata..








Wednesday, May 11, 2011

CERITA DAN KISAH NI ADALAH KISAH HIDUP SAYA YANG HENDAK DI KONGSI…


Saya Telah Mengembara Ke “Hujung Dunia” …
Mencari Apa Yang Saya Inginkan…
Tapi, Kali Pertama Saya Bertemu Awak…
Hati Saya Telah Begitu Riang Gembira…
Demi Tuhan, Saya Tidak Tahu Mengapa…
Tapi Itulah Kebenarannya…

Setelah Beberapa Lama Kita Kenal…
Saya Telah Jatuh Tersungkur Di Mata Awak..
Saya Tidak Dapat Membohongi Perasaan Saya,
Bahawa Saya Menyayangi Awak..
Dan Di Saat  Saya Begitu Menyayangi Awak…

Perasaan Sayang Saya Berkelana Mencari Singgah Sana Di Hati Awak..
Nyata Saya Tidak Menemui Nya…
Awak Mencampak Jauh Di Dasar Laut Yang Tidak Dapat Saya Selam..
Disana Awak Jugalah Yang Menyalakan Api Dan Membakar Saya Dalam Diam…

Saya Sedih Sangat , Bila Awak Kata Awak Tak Tahu Apa Sebenarnya Yang Awak Cari…
Tapi Jauh Disudut Hati Ini Saya Merasakan Awak Masih Belum Cukup Dewasa,
Untuk Memahami Apa Itu “Sayang”…
Dan Mungkin Tidak Akan Pernah Dewasa,
Atau Mungkin Juga Belum Pernah Benar-Benar “Sayang” Pada Seseorang….

Jadi , Selama Ini Siapa Saya Di Hati Awak???....
Saya Tahu, Awak Anggap Saya Seperti Orang Biasa Dalam Hidup Awak….
Siapa Yang Memujuk Saya Untuk Membuka Pintu Hati??...
Siapa Yang Mengajar Saya Bahawa “Sayang” Itu Memerlukan “Pengorbanan”???..
Siapa Yang Memberitahu Saya Agar Sentiasa Jujur Pada “Perhubungan”???....

Awak !!!!
Awak Mungkin Jenis “Perempuan” Yang Boleh Di “Sayangi” Ramai Orang Berkali-Kali…
Tapi Saya Pula Seseorang Yang Hanya Ada “Seseorang”,
“Seseorang” Yang Hendak Saya Sayangi Dan Satu Perkahwinan…
Kita Hidup Sekali..
Mati Sekali,
Dan Menyintai Sekali…

Melangkah Pergi Meninggalkan Awak…
Telah Mengambil Seluruh Kekuatan Yang Saya Ada….
Jangan Anggap Saya Tinggalkan Awak Kerana Saya Bencikan Awak…
Jangan…!!!!

Bagaimana Saya Harus Bencikan Awak….
Sedangkan Setiap Hari Saya Merindui Awak….
Biarpun Pada Ketika Awak Tidak  Berada Disisi Saya….
Setiap Saat Saya Mengingati Awak…
Seumur Hidup Ini Saya Akan Menyayangi Awak…

Awak,
Sebelum Saya Menghilangkan Diri Dari Dunia Awak…
Saya Ingin Nyatakan Sesuatu Yang Tidak Pernah Awak Tahu….
Kalaulah Awak Bertanya Pada Saya…
Sedalam Mana Perasaan Saya Sayangkan Awak…
Inilah Jawapan Saya…
“Kalau Suatu Hari Awak Kehilangan Suara, Saya Akan Memberikan Suara Saya Agar Awak Dapat Bersuara Semula. Meskipun Waktu Itu Saya Akan “Bisu” Selamanya”…
“Kalau Suatu Hari Awak Kehilangan Penglihatan, Saya Akan Memberikan Mata Saya Agar Awak Dapat Melihat  “Sayang” Saya Biarpun Waktu Itu Saya Akan “Buta” Selamanya”…
“Dan Kalau Suatu Hari Awak Kehilangan Hati, Saya Akan Memberikan Hati Saya Agar Awak Dapat Hidup Selamanya, Meskipun Waktu Itu Saya Tiada Lagi Di Dunia Ini”….
Semuanya Untuk Awak….

Seseorang Telah Berkata,
“Jika Kita Benar-Benar Menyayangi Seseorang, Maka Biarkan Orang Itu Pergi Dengan Kebahagiannya, Kebahagiannya Membuatkan Kita Bahagia”…

Awak,
Kerana Saya Menyayangi Awaklah Sya Melangkah Pergi…
Demi Kebahagiaan Awak….
Saya Doakan Supaya Suatu Hari Nanti Awak Akan Memahami Apa Erti “Sayang” Yang Sebenar…..
Supaya Suatu Hari Nanti,
Awak Akan Dapat Mengetahui,
Bagaimana Rasanya Terlalu “Sayang” Seseorang ..
Dan Semoga Awak Tak Kan Pernah Terlewat Untuk Menghargainya…

Awak,
Saya Percaya Pada Tuhan Yang Mempertemukan Kita…
Saya Tahu Ada Hikmahnya Di Sebalik Semua Ini…
Dan Saya Tidak Akan Pernah Mempersoalkannya…
Saya Juga Tak Pernah Kesal…
Sekurang-Kurangnya Sepanjang Mengenali Awak 4 Tahun…
Saya Telah Bersikap Ikhlas Dan Jujur Dengan Perasaan Saya..

Saya Juga Percaya,
Andai Benar Kita Ada Jodoh…
Awak Akan Kembali Pada Saya…
Itu Bukan Harapan…
Tapi Saya Ingin Belajar Untuk “Pasrah” Pada Ketentuan Tuhan…
Dan Kalau Pun Awak Takkan Pernah Kembali Pada Saya…
Saya Percaya Mungkin Itu Yang Terbaik….
Saya Doakan Awak Bahagia Dengan Hidup Awak…
Saya “Sayangkan” Awak Sangat-Sangat…




Aku Mencintai Mu Sepenuh Hati…

Di SaAt AkU MeNcIntAimU...

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu...

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…




CINTA TULUSKU KHAS UNTUK MU…..

Hanya Untuk Kamu Yang Tak Pernah Dilupakan….

Awak,
Yang Ini Cuma Untuk Kamu…
Saya Harap Awak Masih Di Hati Saya….
Untuk Baca Isi Hati Saya…..
Meskipun Awak  Mungkin Awak Dah Padamkan,
Memori Tentang Saya….
Awak Terasa Tak Saya Rindukan Awak,
Sangat-Sangat Sekarang…
Mesti Awak Tak Terasakan ???
Tak Pe La..
Awak Kan Tengah Kejar Cita-Cita Awak,
Saya Faham…

Tapikan Awak,
Awak Ingat Tak Dulu Awak Pernah Janji ,
Nak Jaga Hubungan Kita Ni Dengan Baik…
Tapi Apa Yang Saya Rasa Awak Awak Akan Tinggalkan Saya…
 Kenapa Awak Pergi Tinggalkan Saya???...
Dan Perasaan Saya Bukan Lagi  Sekadar Rasa…
Awak Pergi Tinggalkan Saya..
Tak Pe Lah Awak Saya Redha….
Meskipun Masa Kita Bersama Dulu…
Saya Selalu Sujud Pada-Nya..
Dan Berharap Kita Akan Terus Kekal Bersama…
Tapi Dah Tak Ada Jodoh,
Nak Buat Macam Mana Awak Kan???

Awak-Awak,
Awak Tak Nak Tahu Ke Kenapa Saya Rindukan Awak Sangat Setiap Hari??
Sebab Awak Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Yang Kuat…
Saya Tak Pasti Samaada Penyebabnya Adalah Saya…

Awak Terus Pergi Jauh Dan Terus Menjauh…
Jauh Dari Hati Saya…
Jauh Dari Renungan Mata Saya….
Dan Jauh Dari Diri Saya…
Biarlah Satu Hari Nanti Saya Pulak Yang Pergi Jauh Dari Awak…
Sebab Saya Tan Nak Awak Pergi Tinggalkan Saya Sekali Lagi,
Dan Tak Akan Kembali…

Saya Tak Pernah Harap Pun Air Mata Awak…
Tapi Saya Nak Sikit Je Ruang Gelap Dalam Hati Awak…
Untuk Tempatkan Saya Dalam Tu…
Bolehkan Awak??

Awak???
Awak???
Kenapa Awak Tak Jawab??
Awak Bencikan Saya Ke??
Apa Saya Dah Buat Kat Awak??
Awak, Bagitau Lah Saya…
Kenapa Awak Diam??
Saya Rindu Nak Dengar Suara Awak..
Kan Dulu Awak Suka Ketawakan Saya..
Ketawa La Awak, Ketawa La…
Kenapa Sikit Pun Awak Tak Nak Cakap???

Tak Pe La Awak,
Kalau Awak Tak Nak Cakap Dengan Saya..
Awak Pandang La Saya,,
Pandang La Muka Saya Ni Awak….
Hodoh Sangat Ke Muka Saya Ni..
Sampai Awak Buang Jauh-Jauh Pandangan Awak…

Eh, !!!
Awak Nak Ke Mana Tu??
Nanti La Dulu Awak..
Saya Masih Perlukan Awak..
Awak Jangan Pergi Ok??
Tapi Kenapa Awak Terus Pergi???

Berhenti La Awak..
Berhenti La..
Tapi Awak Terus Lenyap Dalam Renungan Mata Saya…
Hampir 19 Bulan…
Saya Tunggu Awak….
Tapi Awak Tak Muncul-Muncul…
Saya Masih Ingat Awak Pernah Cakap….
“Love Is Beautiful”
“Kamu Berada Dalam Mata Hati Saya”
Seronoknya Bila Awak Cakap Macam Tu….
Tak Pernah Saya Rasa Awak Menipu Saya…
Dan Sebagai Tanda…
Saya Hadiahkan Awak Sesuatu..
Sebagai Tanda Ikatan Kita…
Tak Mahal Pun…
Tapi Ikhlas Dari Saya…
Dan Yang Penting,
“Tanda” Tu Kesukaan Awak Kan??

Awak Pun Pernah Cakap…
“Dari Cintamu, Ku Kenal Erti Hidup, Ku Kenal Makna Bahagia”…
Semakin Berbunga Hati Saya, Tau Awak….
Sebab Daripada Awakla Saya Kenal Erti Setia, Cinta Dan Sayang…
Tapi Awak Mula Berckap Tentang Ajal Maut, Jodoh Di Tangan Tuhan…
Dan Kerana Itu Awak Pergi Tinggalkan Saya…
Atas Alasan Awak Tak Mahu Bersedih…

Akhirnya..
Saya “Pasrah”

Namun…
Saya Tak Pernah Putus Asa..
Setiap Hari Saya Panjatkan Doa Supaya..
Awak Terus Kekal Kuat Untuk Hadapi Hari-Hari Awak…
Dan Kita Akan Bertemu Semula…
Membina Sebuah Janji Yang Baru…

Amin…………






Tuesday, May 10, 2011

AwAk BuKaN MiLik SayA LaGi….

AwAk BuKaN MiLik SayA LaGi….


Saya sayang awak..
Dulu saya usya awak tau…
Saya tegur awak sebab saya nak kenal awak sangat…
Sejak pertama kali lihat awak hati saya sudah terpaut dekat awak…
Awaklah cinta pertama saya dalam hidup…

Saya syukur akhirnya saya dapat miliki hati awak….
Tarikh yang tidak akan saya lupa 14 January 2006…..
Tarikh keramat kita mula 'COUPLE'....
Sebab masa tu, awak cakap awak pun suka kan saya…
Gembiranya saya masa tu……

Indah sangat masa tu….
Awak buat saya BAHAGIA
Sayalah orang yang paling ‘happy’ kat dunia ni..
Awak cakap awak betul-betul SAYANGKAN saya….
Saya pun macam tu jugak….

Tapi Kebahagiaan tu kejap je…
4 tahun je awak bersama saya….
1 hari awak datang kat saya….
Awak nangis sebab awak cakap awak tak boleh teruskan hubungan kita…..
Sebab awak nak tumpukan pada pelajaran awak….
Saya terima keputusan tu, sebab untuk masa depan awak jugak…
Yang penting awak tetap sayangkan saya…

Saya sunyi tanpa awak…
Hidup saya kosong je….
Saya sanggup tunggu awak walaupun 1000 tahun lagi….
Saya rindu awak, rindu sangat-sangat…
Saya ingat lagi janji-janji awak kat saya….

Hari-hari saya tengok gambar awak….
Saya harap sangat dapat teruskan hubungan kita…
Lepas awak habis belajar nanti….
Saya nak awak jadi ratu hati saya…
Saya rindu awak sangat-sangat…

Tapi harapan saya hancur….
Saya dapat tahu awak dah ada teman baru….
Pandai awak berlakon…
Awak nangis kononnya tak nak berpisah dengan saya….
Awak sedih nak putuskan hubungan kita…
Tapi awak cipta alas an untuk awak bersama dia….
Ya Allah…..

Saya tak boleh hidup tanpa awak…
Kenangan kita terlalu manis untuk saya lupakan…
Kenapa awak buat saya macam ni????....
Apa salah saya awak????.....
Saya IKHLAS mencintai awak….
Besarnya dugaan ni…

Kini terbuktilah cinta dan kasih saya….
Umpama pungguk merindu bulan…..
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini…..
Biarpun harus tunggu 1000 tahun lagi…

Saya terpaksa hancurkan CINTA saya terhadap awak….
Terima kasih awak sebab mainkan perasaan saya….
Saya doakan semoga awak bahagia…
Dan harap awak dapat rasa apa yang saya rasa…..

Terima Kasih banyak-banyak awak….
Awak hancurkan hati dan perasaan saya….
Walaupun sudah 2 tahun kita berpisah…..
Ingatan ini tidak boleh melupakan awak….