Sejak sekian lama menjalin cinta, pasti dia tidak tahu apa
yang terbuku dihati insan yang mencintai dia. Sudah pasti apa yang berlaku
dalam perhubungan cinta ada maksud yang tersendiri dan boleh dirungkai oleh
pasangan. Sejak kita mula mengenali antara satu sama lain, hati saya terlalu
mencintai awak lebih dari segala-galanya. Cinta kita akhirnya terkubur, kerana
orang ketiga. Akhirnya awak khianati cinta yang telah kita bina bertahun-tahun
lamanya. Bertapa hancurnya hati saya bila awak mengambil keputusan untuk
memutuskan hubungan kita. Saya terpaksa lepaskan awak pergi untuk mencari
kebahagian yang awak impikan. Bak kata pepatah “ Apa boleh buat, sakit menimpa
sesal terlambat”.
|
Seandainya Telah Tercipta Untukku..... |
Sia-sia saja mempertahankan cinta yang rapuh. Dalam lagu
Samudera “Diburu Kenangan” mengatakan, ‘untuk apa kita bertemu jika hanya penuh
derita’. Mengapa awak sanggup lukakan hati dan perasaan saya. Seandainya awak
tahu bertapa hancur dan remuknya hati saya bila mengenangkan awak. Setiap hari
saya teringatkan awak, kerana awak lah cinta yang pertama lahir dari hati saya.
Tapi cinta saya dikhanati oleh insan
yang saya cintai. Sampai sekarang belum ada pengganti awak untuk saya.
Cinta saya ikhlas terhadap awak. Tapi kenapa awak permainkan cinta saya. Saya
tidak pernah anggap awak sebagai musuh, walaupun awak sudah lupakan saya dalam
hidup awak. Awaklah insan yang mengajar saya erti setia, jujur dalam hubungan.
Harapan saya, semoga awak datang kembali dalam hidup saya. Kita bina cinta yang
baru. Saya tahu harapan saya ini hanya sia-sia saja. Tapi saya sentiasa
mendoakan agar kita dapat bersama. “Ya Allah jika dia tercatat jodoh ku, maka
satukan hati kami. Ya Allah engkau ijab kabulkan kami supaya menjadi sah, jika
terdapat konflik antara kami, maka selesaikannya dengan cara yang baik”.